Saturday, February 2, 2008

lobak,te,.lur and kopi

>
> Assalamualaikum= ), ni satu lagi kisah yg ana rase amat dalam
signifikasi die..thanks to abang J sebab cite kisah ni dalam meeting
MusCom yg lepas...penglipurla ra Islam terbilang:::
>
> "Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan
bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan
baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir
menyerah
> kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul
pula masalah baru.
>
> Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke
dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya
diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia
memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk
kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.
>
> Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-
tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang
sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan
api.
>
> Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat
telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang
> lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.
>
> Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat,
nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak. Ayahnya meminta
anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak
itu sedap dimakan.
>
> Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah
membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah
keras.
>
> Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika
meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak
bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-
tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama,
> direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing
menunjukkan reaksi yang berbeza.
>
> Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi
setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula
sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi
setelah
> direbus, isinya menjadi keras.
>
> Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada
didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut
> "Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu
umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran
dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ?
>
> Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.
>
> Bagaimana dengan kita ? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan
keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah
menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau, apakah kita adalah
telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang
dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau
apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras
dan kaku.
>
> Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan
keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau
> adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas,
sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang
maksimum pada suhu 100 darjah celcius.
>
> Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.
> Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin
buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat
keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik.
>
> Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas
yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.
> Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?
>
>
>
>
>
>

No comments: