Saturday, February 2, 2008

jangan,jangan,jangan

Jangan
sengaja lewatkan solat . Perbuatan ini Allah tidak suka .
Kalau tertidur lain cerita .
Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki ( selipar ).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis ,
mengotori seluruh rumah kita .
Jangan
makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing .
Makruh kerana ia membahayakan .
Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh .
Makruh dan mewarisi kepapaan .
Jangan
tidur selepas solat Subuh , nanti rezeki mahal
( kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat ).
Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan .
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan .
Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan .
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan .
Jangan
pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan .
Makruh dan mewarisi kepapaan .
Jangan
biarkan mata liar di perjalanan .
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa .
Jangan
menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa .
Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah .
Jangan
mengumpat sesama rakan taulan . Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia .
Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita . Nanti
kita sombong apabila berjaya .
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan
bakhil untuk bersedekah .
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita .
Jangan
banyak ketawa . Nanti mati jiwa .
Jangan
biasakan berbohong , kerana ia adalah
ciri -ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita .
Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan . Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia .
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya .
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita .
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya .
Jangan biarkan SAJE email ni . Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam
" Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun "
( Sabda Rasulullah SAW)
" Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu . Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya , maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
( Surah Al-Ahzab :71 )

No comments: