Thursday, January 3, 2008

bersanding........

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam
1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan diatas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap,dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orangtertentu sahaja.2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadikenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adatdan budaya nenek moyang.3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnyapersandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adatresam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adatistiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP,1964)Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong(Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) danJoginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalahpengaruh Hindu.4. Unsur-unsur khur! afat dalam persandingan:(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuanmemberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkinmengganggu majlis itu.Hukum Islam Terhadap Persandingan1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangatdan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surahal-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., danYunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove itbut He: if He do design some benefit for thee, there is none can keepback His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants Hepleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membacajampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada rohjahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis"mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yangdisebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allahmelaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yangmeminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening dimuka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatancantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yangberupa janggut atau misai atau side-burn.)4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untukdipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya),"Janganlah kamu bertabarruj s! eperti kelakuan orang zaman jahiliahdahulu." (Al-Ahzab: 33)5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kendurikahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kendurikahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau."(Maksud al-Isra': 26)6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Iniberlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberatiseseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya. "(HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkansyarat:1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapa! n muhrim ataukeluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklandan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengansyarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup auratkecuali perhiasan yang biasa dilihat.Rujukan1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

No comments: